There were 1,431 press releases posted in the last 24 hours and 398,967 in the last 365 days.

Malaysia Healthcare Travel Council Melancarkan Experience Malaysia Healthcare (EMH) Stories

/EIN News/ -- KUALA LUMPUR, Malaysia, July 25, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) dengan bangga mengumumkan tayangan perdana EMH Stories, siri terhad produksi video memaparkan pengalaman yang unik dalam penjagaan kesihatan oleh profesional kesihatan, pesakit dan kemajuan teknologi ekosistem pelancongan kesihatan Malaysia.

Experience Malaysia Healthcare (EMH) Stories direka untuk memberikan pandangan peribadi dan imbasan inspirasi tentang pelbagai cerita yang memberi impak dalam ekosistem pelancongan kesihatan Malaysia. Siri ini bertujuan untuk menunjukkan kepakaran dan pengkhususan dalam sistem penjagaan kesihatan Malaysia, membina reputasi dan kredibiliti perkhidmatan kesihatan Malaysia, serta memperkenalkan jenama Malaysia Healthcare Travel Council.

Siri EMH memaparkan dedikasi dan kepakaran para profesional perubatan di Malaysia, meraikan komitmen mereka terhadap penjagaan pesakit, penyelidikan dan pengurusan kesihatan. Dengan paparan individu untuk penjagaan kesihatan Malaysia, siri ini menyerlahkan pencapaian mereka, memberi inspirasi kepada bakal profesional kesihatan dan meneroka cabaran serta inovasi dalam industri tersebut. Ia juga memaparkan cerita kejayaan yang menekankan impak positif dan daya transformasi penjagaan kesihatan di Malaysia.

Selain itu, siri ini akan menyoroti cerita kejayaan rawatan pesakit, menunjukkan perkhidmatan kesihatan Malaysia yang memberi impak terhadap perubahan kehidupan. Daripada mengatasi penyakit serius hingga memperolehi semula kualiti hidup, semua kisah ini menyerlahkan dedikasi, belas kasihan dan kemajuan jagaan yang diberikan oleh profesional penjagaan kesihatan Malaysia. Para penonton akan dengar secara langsung tentang pesakit yang diberi peluang kedua dalam hidup, menerangkan kesan transformasi sistem penjagaan kesihatan Malaysia.

Dalam episod pertama, EMH Stories memperkenalkan Dr. Maiza binti Tusimin, Pakar Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif di Prince Court Medical Centre. Dengan 23 tahun berkhidmat kepada komuniti, kerjaya Dr. Maiza telah diwarnai dengan komitmen yang teguh terhadap kesihatan wanita, khususnya dalam bidang obstetrik dan ginekologi selama lebih daripada 13 tahun. Para penonton akan melihat lebih dekat rutin harian Dr. Maiza, di mana beliau menekankan kepentingan kerja berpasukan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pesakit. Merenung kembali cabaran awalnya, termasuk kehilangan pesakit yang hampir menyebabkan kerjayanya tergelincir, Dr. Maiza berkongsi pandangan mengenai daya tahan yang diperlukan dalam profesionnya.

Dalam episod akan datang, EMH Stories menyoroti Dr. Haris Abdul Rahman, ahli Hematologi yang terkenal di Subang Jaya Medical Centre. Para penonton akan dibawa melalui pengalaman harian Dr. Haris dalam bidang hematologi, sebuah bidang yang berkembang pesat di mana kemajuan baharu berlaku setiap 2-3 tahun, peningkatan signifikan dalam kecanggihan rawatan. Dr. Haris memainkan peranan penting dalam mengubah ramalan leukemia myeloid kronik daripada pandangan yang ngeri kepada satu pengharapan melalui kemajuan perintis dalam rawatan. Dia juga berkongsi detik-detik yang tidak dapat dilupakan, termasuk cerita pesakit yang melawan ramalan awal dan mara dengan rawatan inovatif.

Tonton EMH Stories di sini:
Episod 1: https://youtu.be/f1VTwbN1Qg0?si=CeQd_Nszd3yurmOP
Episod 2: https://youtu.be/4pSfTAl-iQU?si=CHGFDcav6q3eXI5V

Untuk pertanyaan media dan maklumat lanjut, sila hubungi:

Lokman Izam bin Abd Aziz
Naib Presiden
Komunikasi Pemasaran
Malaysia Healthcare Travel Council
lokman.i@mhtc.org.my

Samantha Lim
Ketua
Komunikasi
Malaysia Healthcare Travel Council
samantha.lim@mhtc.org.my

Tentang Malaysia Healthcare Travel Council

Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), yang ditubuhkan pada tahun 2009 dan beroperasi di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH), dipertanggungjawabkan untuk membangun dan memelihara jenama “Malaysia Healthcare”. MHTC meningkatkan, menyelaraskan dan mempromosikan industri pelancongan kesihatan Malaysia dengan memupuk kerjasama industri dan menjalin kerjasama awam-swasta yang baik, di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Bekerja dengan 92 hospital swasta di seluruh Malaysia, MHTC berazam untuk meningkatkan industri pelancongan kesihatan melalui ekosistem yang aktif, jenama “Malaysia Healthcare” yang kukuh dan inisiatif pasaran yang strategik. Jenama “Malaysia Healthcare” bercita-cita untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama penjagaan kesihatan global. Sebagai perkhidmatan eksport yang penting, industri pelancongan kesihatan Malaysia memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara.

Video yang berkaitan dengan pengumuman ini boleh didapati di:
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/101f018a-7d3a-4969-bc47-fa38c776a392
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/96016e20-4d49-47b8-bf64-1df7cce5d26a


Primary Logo